Sobri,semoga kamu tabah dan kuat!
Seusai tugasan di klinik di suatu petang, saya dan rakan sekerja bercadang untuk menziarahi Sobri. Beliau bernasib malang apabila telah terlibat dalam kecelakaan jalan raya yang hampir meragut nyawa. Kejadian berlaku betul-betul berhdapan klinik tempat kami bertugas. Kalau nak ikutkan keadaan Sobri memang agak teruk akibat kecederaan yang di alami. Walaubagaimanapun, Sobri memang seorang anak muda yang cekal disamping sokongan kuat oleh ibunya.
Sepanjang keberadaan kami di teratak beliau, kami banyak berbual-bual dengan Sobri yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Hanya ibu Sobri sahaja yang berperanan sebagai pencari nafkah bagi keluarga mereka. Manakala ayah Sobri pula terlantar lumpuh akibat serangan strok beberapa tahun dahulu. Sesekali bergenang air mata apabila mengenangkan nasib mereka. Semoga ada sinar untuk mereka sekeluarga. Yang berlaku adalah ketentuan dan pasti ada hikmah disebaliknya.
Keep fighting Sobri!!.
Keep fighting Sobri!!.
Comments
Post a Comment