PANADOL vs KK
Assalamualaikum wbt.
Hai semua pembaca yang Pokcik Har sayangi.
Kalau sebut panadol ni sapa yang tak kenal? Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala?
Ubat tahan sakit, demam, sakit gigi, sakit kepala dan banyak lagi kegunaannya.
Wajib ada di setiap rumah.
Panadol ni nama brand yang diberi oleh pengeluar. Nama sebenar panadol ni adalah Paracetamol. Ada banyak lagi nama-nama brand yang terkenal tapi nama PANADOL ni lah yang paling terkenal. Kalau di klinik kerajaan pula, paracetamol lebih di kenali sebagai KK bersempena cop mohor yang terdapat pada tablet ubat tersebut. Pernah juga saya bertanya pada klien saya, apa beza kedau-duanya? Kalau ikutkan kandungannya sama sahaja. Tapi klien saya maklum yang "ubat kk" lebih berkesan berbanding panadol yang dibeli dari kedai-kedai runcit @ farmasi. Berkemungkinan juga ada produk tiruan atau psikologi semata-mata.
Okla.. tu baru bab keberkesanan. Ada lagi satu kisah ni saya dapat dari orang kampung. Katanya petua untuk lembutkan daging. Ya!! Gunakan paracetamol untuk lembutkan daging. Saya tak pasti setakat mana kebenarannya. Biasanya paracetamol ni diletakkan sekali rebusan daging, terutamanya ketika kenduri kendara. Dikatakan dengan meletakkan paracetamol ni membuatkan daging cepat empuk. Saya tak pasti berapa kuantiti yang diperlukan. Perkara ni cuma melalui perbualan kedai kopi yang tak pasti kesahihannya. Baru saya tahu yang rupa-rupanya panadol @ KK ni banyak kegunaannya.. hehe..
Sebenarnya paracetamol @ panadol @ kk ni adalah merupakan ubat tahan sakit (analgesik) atau antipiretik (menurunkan suhu badan). Ia merupakan ubat yang paling kurang komplikasi dan kesan sampingan sekiranya diambil dengan cara & sukatan yang betul. Ia telah dibuktikan secara ilmiah dan saintifik untuk perkara yang sepatutnya. Sebaik-baiknya dapatkanlah pandangan dan preskripsi doktor sebelum menggunakan sebarang ubatan.
p/s: Tiba-tiba saya teringat ada pakcik ni tiap-tiap minggu minta preskripsi multivitamin untuk hilang selera makan, sakit urat, dan kurang bertenaga. Katanya dengan ambil vitamin tersebut beliau rasa lebih bertenaga. Masalahnya, tiap-tiap minggu dia datang, sedangkan saya dah bekalkan sebulan untuk beliau. Tak dapat dari saya dia akan jumpa kawan saya. Bila siasat punya siasat rupanya bekalan vitamin tu adalah untuk lembu ternakan beliau. Adeh la pakcik..
Comments
Post a Comment