Masalah Ketiak Berbau
Masalah ketiak berbau amatlah merunsingkan.Lebih memalukan apabila bau yang kurang menyenangkan ini mengganggu orang lain.Pasti kebanyakan orang sensitif dengan perkara sebegini.Pelbagai kaedah telah digunakan seperti penggunaan deodorant pelbagai jenama,bedak ketiak berubat dan sebagainya.Namun bau yang tidak enak ini masih tidak dapat dihindarkan.
Amalkan kaedah ini 2 kali dalam seminggu,Insyaallah akan hilang bau ketiak.
Di sini ingin saya berkongsi mengenai kaedah untuk menghilangkan bau ketiak secara tradisional.Berikut adalah kaedah yang digunakan:
- Sediakan sebiji limau nipis / 2 helai daun jambu batu (boleh pilh salah satu)
- Buah limau dibelah dua / daun jambu diramas di atas tapak tangan sehingga hancur
- Bahan tersebut kemudiannya dilumurkan pada kedua-dua belah ketiak
- Biarkan selama 5-10 minit
- Bilas dengan air dan mandi seperti biasa
Amalkan kaedah ini 2 kali dalam seminggu,Insyaallah akan hilang bau ketiak.
Paling mustahak ialah penjagaan kebersihan dan pemakanan.Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment