REVIEW : Radhio Radhikal: Seksa, Dada, dan Rock n Roll – Radhi OAG

Sejak kebelakangan ni saya agak optimis untuk mengikuti perjalanan karier Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG. Lagu-lagu beliau telah menjadi halwa telinga saya semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Saya didedahkan dengan kaset daripada album Melody Mocker oleh teman sebilik saya. Dan apabila diperdengarkan lagu-lagu mereka, saya seakan-akan tidak percaya bahawa album tersebut adalah hasil karya daripada "local artist". 

 Seterusnya album yang kegemaran saya ialah Album Satelit Ink. Kemudian sesekali OAG muncul di Rock The World dengan ahli yang berlainan, seterusnya menyepi (mungkin masih ada atau mungkin saya yang tak mengikuti perkembangan mereka). Isu-isu perpecahan ahli kumpulan & masalah Radhi terlibat dengan dadah juga ada kedengaran di MELODI dan media-media. 

  Saya tak pasti bagaimana ia bermula. Yang pasti melalui beberapa sesi temuramah Radhi OAG di channel-channel bebas di Youtube telah menjebakkan diri saya untuk terus mendapatkan naskah ini. Anda boleh dapatkan buku tersebut di pautan berikut RabakLit @ dimensibuku .

 Saya teramat-amat teruja untuk mengetahui isi kandungan buku 101 mukasurat tersebut walaupun ia telah diterbitkan sejak 2019 lagi sehinggakan saya berupaya menghabiskan bacaan buku tersebut tidak sampai 1 jam. Merupakan bahan bacaan yang dicetak atas kertas yang berkualiti dengan gaya penulisan yang tidak berat. Isi kandungan juga menarik dengan gambar-gambar dan halaman yang berwarna. Secara ringkasnya, ia menceritakan secara perjalanan kehidupan peribadi dan karier Radhi semenjak lahir sehingga hanyut sebagai Rock Star. 

  Agak menarik penceritaan yang disampaikan penulis. Walaupun ada kisah-kisah yang telah saya perolehi dan dapati dari rancangan temubual di Youtube. Saya menganggap ini merupakan koleksi bertulis yang saya ada berkenaan Radhi.

 Secara peribadinya, ia merupakan catatan yang menarik berkenaan kisah hidup Radhi kerana bagi saya Radhi merupakan trend-setter dalam industri muzik tanahair. Mungkin penilaian saya agak berat sebelah kerana antara kisah-kisah yang Radhi sampaikan adalah menggambarkan scene yang pernah saya lalui pada waktu itu.

Di akhir buku ini juga, Radhi ada menyentuh berkenaan keterlibatan beliau dengan dadah & sedikit kisah ketika menjalani pemulihan secara sukarela di Pengasih. Dan saya berpendapat ini sebenarnya tujuan utama penulisan buku ini, iaitu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah penyalahgunaan dadah.


 Secara peribadinya,  saya merasakan seperti masih ada lagi kisah-kisah yang perlu dihuraikan lagi dengan lebih mendalam serta tidak mendapat kepuasan dalam pembacaan saya. Saya merasakan ia terlalu superficial dan saya amat mengharapkan supaya akan ada kupasan-kupasan yang lebih mendalam untuk edisi seterusnya. Mungkin penulis & Radhi boleh mencipta beberapa lagi siri penulisan yang mengupas dengan lebih mendalam berkenaan kisah kehidupan Radhi. 

Rate: 3/5
Gaya penulisan: 4/5
Penampilan: 4/5

Comments

  1. Casino Site Review and Rating for 2021 - Lucky Club
    With almost 200000 online casino luckyclub games, you can play slots and poker without spending anywhere! And now you can play from home in your own country and from

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts